Tag Archives: Violence against women

Ucapan Takziah kepada Keluarga Allahyarham Norazita

Kenyataan Media

Pengerusi

Jawatankuasa Tetap Kebajikan & Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor

EXCO Kerajaan Negeri Selangor,

Yang Berhormat Puan Hajah Rodziah binti Ismail

24 Oktober 2013

Keganasan yang disengajakan terhadap Norazita binti Abu Talib sehingga maut  tidak berperi kemanusiaan

Tiada airmata dan rasa yang akan tinggal mengenangkan kejadian itu.   Tiada juga kata-kata yang boleh diucapkan bagi meredakan rasa marah, indignation yang dialami.

 Semoga Allah memberi kembali ketenangan kepada keluarga, anak-anak serta kaum kerabat Allahyarham Norazita binti Abu Talib di atas kejadian yang amat menyayat hati ini.

Takziah dari seluruh pimpinan Kerajaan Negeri Selangor kepada keluarga, khususnya kepada suami Allahyarham, Saudara Irwan.

Semoga Allahyarham dicucuri rahmat oleh Ilahi.

 

Tindakan pantas, profesional dan berkesan dari PDRM akan pastinya membawa yang

bersalah kepada pengadilan.

 

Rodziah Ismail

Merangkap ADUN Batu Tiga

Ketua Wanita Selangor dan Timbalan Ketua Wanita

Parti Keadilan Rakyat