Tag Archives: Selangor Women’s Empowerment

Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia 2014

8 Mac 2014

Wanita Berdaya Menjana Tindakan Mencetus Perubahan

Di antara ukuran kejayaan sebuah proses pemberdayaan insan ialah kebebasan hakiki

yang nikmati olehnya. Terlebih dahulu insan perlu memiliki ilmu dan informasi

yang secukupnya untuk berdaya membuat keputusan-keputusan yang terbaik untuk

diri, keluarga dan masyarakatnya.

Proses pemberdayaan itu bertujuan untuk membina insan yang merdeka – minda dan

jiwanya. Kemerdekaannya adalah di atas landasan sentiasa menghormati hak orang

lain dan sentiasa memenuhi tanggungjawabnya serta jelas sempadan-sempadan

tindakannya.

Tidakkah hanya yang terbaik akan diperolehi jika wanita itu berdaya?

Wanita berdaya akan menjadi proaktif untuk melaksanakan kebaikan di mana saja,

hatta di alam maya sekalipun. Perkongsian ilmu, pengetahuan dan pengalaman akan

menjadi budaya. Justru, merealitikan perubahan kearah mencapai ufuk-ufuk manfaat

dan kejayaan yang lebih jauh dari yang diimpikan.

Tema Hari Wanita Sedunia 2014 peringkat Negeri Selangor : Wanita Berdaya Menjana

Tindakan Mencetus Perubahan.

Wanita
Pada kasih dan santunnya
Ada azam memelihara kesejahteraan dunia dan akhiratnya dan
sekelian yang dikasihinya
Ada jiwa yang besar meraikan semua, walau dalam apa keadaanpun
Ada hasrat yang tinggi sentiasa mendidik kebaikan dan mencantas keburukan
Menjadi anak, isteri, ibu, teman, pekerja, aktivis dan pemimpin
Yang sentiasa menegakkan kebenaran dan keadilan
Wanita Berdaya, Wanita Sejati.

Selamat menyambut Hari Wanita Sedunia 2014.

Rodziah Ismail

Merangkap ADUN Batu Tiga
Ketua Wanita Selangor dan Timbalan Ketua Wanita
Parti Keadilan Rakyat