Tag Archives: Memasyarakatkan Kebajikan

Pelepasan kepada OPS BERSIH oleh Rodziah Ismail

Hidup Memberi Asas Bermasyarakat

Shah Alam, 12 Disember; Esok, 13 Disember 2013, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan

dan Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor, Rodziah Ismail akan melepaskan pasukan Ops Bersih

ke Kuantan untuk meneruskan usaha-usaha membantu mangsa bencana banjir di sana.

Ia akan berlangsung pada jam 11.00 pagi.

Di tahap ini, kerja-kerja untuk membantu pembersihan premis dan rumah pula diberi

keutamaan.   Sehubungan dengan itu, para dermawan dan rakyat prihatin boleh menyumbang

kepada pasukan Ops Bersih ini esok dan seterusnya di perkarangan pelepasan di Selayang,

beralamat di Masgenuine Cawangan Selayang, no. 11, Jalan 2/8, Bandar Baru Selayang,

68100 Batu Caves, Selangor (hadapan Maybank Selayang).

Alat-alat dan keperluan yang diperlukan adalah:

  • water jet (mesin pam penyembur air)
  • sabun (untuk membasuh rumah)
  • kasut but getah 
  • lampin bayi
  • susu / makanan bayi
  • makanan asas

 

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:

Saudara Sani di talian: 0129781707

– Media Rodziah Ismail