Tag Archives: Keluarga

Rodziah: Program-Program MES akan diteruskan

SIDANG DEWAN NEGERI SELANGOR KE-13 NOVEMBER 2013

Kenyataan Media
Pengerusi
Jawatankuasa Tetap Kebajikan & Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor
EXCO Kerajaan Negeri Selangor,
Yang Berhormat Puan Hajah Rodziah binti Ismail

19 November 2013

Pertanyaan-Pertanyaan Mulut Daripada Y.B. Tuan Khasim Bin
Abdul Aziz (Lembah Jaya)

Tajuk : Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (Mes)

a) Apakah perancangan terbaru bagi kelangsungan MES?

b) Kenapakah program “JOM Shopping” SMUE diberhentikan?

JAWAPAN: YB RODZIAH ISMAIL

a) Program-program MES akan diteruskan dengan penambahbaikan dan memperbaiki kriteria agar ianya dapat dimanafaatkan kepada keluarga yang berpendapatan RM3000 ke bawah.

b) JOM Shopping merupakan satu program ‘one off’ yang diwujudkan sebagai salah satu manafaat semasa hidup bagi warga emas yang berdaftar dengan Skim Mesra Usia Emas. Sejumlah RM10 juta telah diperuntukan di peringkat awal dan kemudiannya telah ditambah RM1.6 juta pada awal tahun 2013 yang lalu menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan adalah RM11.6 juta semuanya. Ia diperolehi daripada CSR agensi yang menjana dan menyalurkan pendapatan mereka untuk kebajikan rakyat seperti agensi jualan pasir di Selangor. Ia akan diteruskan jika agensi-agensi sedemikian meneruskan usaha baik itu untuk manafaat rakyat dan dengan peruntukan-peruntukan baru.

Soalan Tambahan dari Taman Medan dan Rawang:

Bilakah tarikh mula syarat baru had pendapatan RM3000 ke bawah untuk layak mendapat skim/menyertai program-program MES?

Jawapan YB RODZIAH ISMAIL:

Bagi SiKembar, ia diluluskan pada 27 Ogos 2013. Bagi program MES yang lain akan dirujuk kepada Jawatankuasa Tetap berkenaan untuk jawapan yang tepat.

Soalan Tambahan dari Morib:
Adakah boleh berlaku sedikit pembaharuan atau pembaikan seperti pengesahan dari ADUN, supaya boleh menghantar anak-anak ke pusat-pusat asuhan kanak-kanak atau di rumah yang tidak berdaftar di pertimbangkan?

Jawapan YB RODZIAH ISMAIL:

Pengasuhan kanak-kanak tidak boleh diserahkan kepada individu yang tidak mengetahui mengenai hak dan penjagaaan kanak-kanak. Syarat yang telah ditetapkan ialah kanak-kanak perlu diletakkan di institusi yang mendapat lesen Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau bagi bilangan kanak-kanak yang tidak melebihi sembilan orang, taska di rumah yang juga telah mendapat kelulusan dari JKM.
Bagi mengatasi kekangan yang ada, Kerajaan Selangor telah telah mewujudkan sijil penjagaan taska di rumah yang diiktiraf di negeri Selangor. Mereka yang membuka taman-taman asuhan kanak-kanak perlu memiliki sijil asuhan kanak-kanak kerajaan negeri Selangor ini untuk membuka taska di rumah. Ramai warga Selangor yang telah mendapat manafaat skim tersebut.

Rodziah Ismail
Merangkap ADUN Batu Tiga
Ketua Wanita Selangor dan Timbalan Ketua Wanita
Parti Keadilan Rakyat