Tag Archives: Haiyan

Shah Alam, 5 Disember; Bantuan Kemanusiaan Kepada Mangsa Taufan Yolanda (Haiyan) di Filipina

Negara dan rakyat Filipina merupakan rakan sejak lama dalam rantau ini, sebelum mahupun ketika tertubuhnya ASEAN.

Kegembiraan dan kesedihan yang dialami oleh rakyat Filipina adalah juga menjadi kegembiraan dan kesedihan negeri Selangor dan rakyatnya, dalam konteks kemanusiaan sejagat.

Tiada kata-kata yang boleh menggambarkan musibah yang telah melanda Filipina dan rakyatnya – melibatkan jutaan rakyat Filipina dan kemusnahan yang tiada taranya.

Kerajaan Selangor telah memberi sumbangan RM100,000.00 bagi membantu sebahagian rakyat Filipina yang telah menjadi mangsa di kawasan yang dilanda Haiyan menerusi entiti bukan kerajaan yang telah segera ke sana memberi pelbagai khidmat – kesihatan, bantuan makanan, air, khemah, khidmat menghalang merebaknya penyakit, dll. – khususnya di Cebu dan Pulau Bantayan.

Kerajaan Negeri Selangor menerusi Pengerusi Tetap Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail telah juga merakamkan penghargaan kepada Duta Filipina ke Malaysia, J. Eduardo Malaya dan Kedutaan Filipina yang akan memudahkan segala urusan bantuan-bantuan dari Negeri Selangor ke Filipina.

Allah itu Maha Mengetahui segala sesuatu, semoga rakyat Filipina diberi segala kesabaran dan keupayaan untuk melalui proses pembinaan semula kehidupan selepas musibah yang telah melanda negara mereka. – Media Rodziah Ismail.

Gambar-gambar dan Video di sini:
https://www.facebook.com/rodziah.ismail.96