Tag Archives: Greetings

Happy Deepavali 2013

Untuk rakan-rakan dan kenalan yang beragama Hindu.

 

HAPPY DEEPAVALI

 

I November 2013

 

Masyarakat di Selangor yang semakin berdaya

 

Proses pemberdayaan mana-mana kelompok tentunya memakan masa dan menggunakan sumber tenaga manusia.   Tetapi titik permulaannya perlu ada dan diteruskan sehingga berjaya.   Ia adalah suatu cabaran kepada pemimpin dan kelompok itu untuk merealisasikannya.

 

Anggapan selama ini bahawa sesebuah masyarakat itu lemah dan mempunyai kekurangan-kekurangan boleh dihapuskan, seperti apa yang telah berlaku pada masyarakat Jerman yang dikatakan dahulu sebagai sebuah masyarakat yang lekeh dan sambil lewa, tidak teliti dalam semua perkara dan masyarakat Jepun pula tiada berkemahiran dan mengeluarkan barangan yang rendah mutunya.

 

Kita semua maklum bahawa kedua masyarakat itu kini menjadi gergasi dalam dunia dari sudut ekonomi, pentadbiran dan pelaburan dalam dan luar negara, yang punya kepakaran yang tinggi dan beroleh pengiktirafan semua negara di dunia tentang kedudukan mereka.

 

Rakyat yang ingin diberdayakan akan menjadi berdaya (berdikari, mampu membuat keputusan-keputusan yang baik dalam hidupnya, sentiasa hidup berjamaah, saling memerhatikan kebajikan mereka yang dekat dengan mereka dan mempunyai hasrat bahawa orang lain juga mendapat apa baik yang diperolehinya).

 

Kerajaan Negeri Selangor sentiasa berusaha untuk supaya rakyat mendapat keselesaan sebaik mungkin.   Skim-skim sedia ada ingin ditawarkan pada semua rakyat yang memerlukan, tetapi wajarnya secara bergilir.   Rakyat yang berdisiplin akan menjadikan teratur dan sempurna perjalanan skim-skim kerajaan Negeri Selangor.   Disiplin rakyat, sikap “hidup memberi asas bermasyarakat” dan pegangan bahawa “tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima” menjadikan hasrat pemimpin dan rakyat disatukan.

 

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Deepavali bagi seluruh masyarakat yang beragama Hindu, khususnya di negeri Selangor Darul Ehsan.

 

Rodziah Ismail

Pengerusi

Jawatankuasa Tetap Kebajikan & Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor

EXCO Kerajaan Negeri Selangor,

Merangkap ADUN Batu Tiga

Ketua Wanita Selangor dan Timbalan Ketua Wanita

Parti Keadilan Rakyat