Tag Archives: Community Empowerment

Mensinergi institusi zakat ke arah pemberdayaan masyarakat

Saya telah menerima kunjungan rombongan dari Pusat Zakat (Bahagian Kutipan) semalam, 15 Novmeber.

Beberapa perkara utama telah bersama dibincangkan, khususnya dalam mempertingkatkan

usaha-usaha memberdaya masyarakat di negeri Selangor.

Dipersetujui bahawa ushasedemikian perlu bukan sahaja komitmen yang tinggi untuk menjayakannya tetapi

juga sesuai dengan tuntutan semasa, dan perlunya ada passsion dalam istiqamah melaksanakan.

Pendekatan memantau dan memperbaiki keadaan rakyat secara berterusan memerlukan sinergi/penggemblengan

dan kollaborasi serta koordinasi dengan beberapa kumpulan, termasuk institusi zakat sendiri, bahkan anggota masyarakat

yang prihatin lagi memahami dan berkeupayaan.

Rakyat yang memerlukan bantuan tidak lagi dilihat hanya mengenai keperluan fizikalnya sahaja tetapi perlu

dipenuhi juga unsur spiritual, kejiwaan dan mentalnya.

Hidup Memberi Asas Bermasyarakat itu suatu yang perlu diterapkan sebagai sebahagian dari

agenda meningkatkan kualiti hidup rakyat; bahawa menghayati “tangan yang memberi/atau di atas itu

lebih baik dari tangan yang menerima atau di bawah”

Masyarakat di mana rakyatnya berlomba-lomba memberi ke arah kebaikan adalah ciri masyarakat yang maju.

Konsep itu perlu diwar-warkan dan menjadi sebahagian dari kehidupan rakyat di negeri Selangor.

– Rodziah Ismail