Salam Hormat

ybr

Puan Hajah Rodziah Ismail dilahirkan pada 8 Julai 1964. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Malaysia.

Kerana minatnya yang mendalam untuk berbakti kepada masyarakat, beliau telah lama berada di dalam Pertubuhan Jamaah Islam Malaysia (JIM) sejak sekian lama. Rodziah juga meminati bidang politik, mendorong beliau untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pada Pilihanraya Umum ke 12, pada tahun 2008, beliau telah menjadi calon PKR untuk DUN Batu Tiga (N41), dan memenangi kerusi DUN tersebut dengan majoriti sebanyak 3,563. Beliau kemudian dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Selangor di bawah portfolio Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor. Di dalam parti pula, beliau telah dipilih sebagai Timbalan Ketua Wanita PKR.

Di dalam Pilihanraya Umum ke 13, Rodziah Ismail sekali lagi memenangi kerusi DUN Batu Tiga. Kali ini dengan majoriti 3,805. Untuk penggal ke 2, sekali lagi Rodziah Ismail dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Selangor di bawah potfolio Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita sehingga Ogos 2014.

Pegangan hidup beliau kekal sejak dahulu: Hidup untuk berbakti.