Soalan Jawab Lisan di Dewan Negeri Selangor mengenai Uptown Seksyen 2014

By | November 27, 2014

Soalan saya No. 49 mengenai pengurusan Uptown Seksyen 24, Shah Alam:

a) Siapakah dan bagaimanakah proses pelantikan badan pengurusan Uptown Seksyen 24
yang telah mengalami kebakaran pada 15 Oktober 2014 lalu?
 Sila Klik di sini:
 
 Di Sidang Dewan Negeri Selangor 27 November 2014 (UPTOWN SEKSYEN 24 SHAH ALAM)
 
Transkrip:

TUAN SPEAKER: Batu Tiga.
Y.B. PUAN RODZIAH BINTI ISMAIL: Tuan Speaker, soalan No.49.   Terima kasih.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. PUAN RODZIAH BINTI ISMAIL
(N41 Batu Tiga)

TAJUK: PELANTIKAN BADAN PENGURUSAN UPTOWN SEKSYEN 24

49. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:-

a) Siapakah dan bagaimana proses pelantikan badan pengurusan Uptown Seksyen 24 yang telah mengalami kebakaran pada 15 Oktober 2014 lalu?

Y.B. TUAN AMIRUDIN BIN SHARI: Terima kasih Batu Tiga atas soalan .Tuan Speaker Badan Pengurusan Kompleks Muhibah Uptown Seksyen 24 Shah Alam yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mengawal dan menguruskan operasi Uptown Seksyen 24 Shah Alam adalah syarikat Dataran Usahawan Selangor Sdn Bhd ataupun DUSSB. DUDSSB merupakan sebuah syarikat yang diperbadankan dibawah Akta Pendaftaran Syarikat 1965. Proses perlantikan di DUSSB adalah melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Ke Lapan tahun 2006 yang bertarikh pada 19 April 2006 dan satu perjanjian kontrak pengurusan kompleks muhibah Seksyen 24 Shah Alam telah ditandatangani di antara pihak Kerajaan Negeri Selangor dan pihak Dataran Usahawan ataupun DUSSB. Kontrak tersebut yang telah tamat pada 31 Disember tahun 2012 telah disambung semula pada 1 Februari 2012 sehingga satu tarikh iaitu 1 Januari tahun 2013 yang ditandatangani oleh pihak Unit Perancang Ekonomi di atas keputusan yang telah dibuat oleh EXCO yang berkenaan pada waktu itu. Terima kasih.

Y.B. PUAN RODZIAH BINTI ISMAIL: Soalan tambahan TUAN SPEAKER: Batu Tiga

Y.B. PUAN RODZIAH BINTI ISMAIL: Saya ingin bertanya kepada pihak EXCO, Uptown ini adalah satu program ataupun satu usaha pengaliran terus yang dilaksanakan atau pun dibawah urusan EXCO Usahawan dan dijaga juga oleh pihak UPEN. Tetapi kalau kita lihat semenjak 2006 pengusaha ataupun pengurus ianya masih sama iaitu Dataran Usahawan Sdn. Bhd. apakah ada kriteria dan juga tender terbuka yang dibuat untuk memastikan pengurusan Uptown Seksyen 24 dilakukan. Terima kasih.

Y.B. TUAN AMIRUDIN BIN SHARI: Terima kasih Puan YB Batu Tiga. Pertamanya selepas berlaku kebakaran tersebut pihak Kerajaan Negeri telah mengambil keputusan untuk menyemak semula segala isi kandungan kontrak dan perjanjian di antara DUSSB dengan kerajaan negeri. Dan kita telah membuat satu keputusan hanya pihak kerajaan Negeri perlu menghantar notis kepada pihak berkenaan dalam masa terdekat dan pihak kerajaan negeri juga sedang memutuskan secara menyeluruh untuk membina Uptown tersebut dengan lebih komprehensif, lebih selamat dan lebih berdaya saing dan memberikan hasil yang baik kepada Kerajaan Negeri. Untuk maklumat yang bertanya pada waktu ini sebanyak RM7,000.00 disumbangkan kepada Kerajaan Negeri untuk tabung pembangunan usahawan negeri dan duit itulah yang kita gunakan sebagainya untuk membina balik tapak sementara Uptown yang telah terbakar. Namun begitu pihak Kerajaan Negeri Sedang menilai semula jumlah tersebut untuk memastikan hasilnya itu memberikan impak yang besar dan seterusnya mampu untuk memberikan sokongan kepada pembangunan usahawan di peringkat Negeri Selangor. Jadi pada waktu ini Kerajaan Negeri Sedang merangka semula memastikan segala terma dan juga isi kandungan tahun 2006 itu disemak kembali bersesuaian dengan isi kandungan dan keadaan semasa pada tahun 2014. Terima kasih.

 
 

Peniaga trauma gerai musnah sekelip mata

http://bm.selangorku.com/60909/peniaga-uptown-seksyen-24-trauma-geria-musnah-sekelip-mata/
 
 

Kebakaran di Uptown, MBSA perlu tegas dan saman kecuaian pengurusan premis

http://bm.selangorku.com/60962/kebakaran-di-uptown-mbsa-perlu-tegas-dan-saman-kecuaian-pengurusan-premis/