Monthly Archives: October 2014

Bagaimana untuk memadanikan masyarakat Malaysia? – Hijrah mendorong untuk kita memilih dan bertindak

 Perutusan Maal Hijrah 1436H/2014Hlogo-pkr

 24 Oktober 2014

 

Bagaimana untuk memadanikan masyarakat Malaysia?

– Hijrah mendorong untuk kita memilih dan bertindak

 

Dalam ertikata yang lebih luas, kefahaman terhadap Hijrah akan mendorong dan memberdaya individu untuk memilih yang lebih baik daripada yang sedia ada.

 

Memilih yang beretika, bukan yang mengamalkan korupsi

Memilih ketelusan, bukan menyembunyikan data dan informasi

Memilih kepolitikan yang berlandaskan nilai, bukan politik durjana

Memilih untuk memberi peluang, bukan menghalang kemajuan sesiapa yang tidak sekufu dengan pandangan kelompok yang berkuasa

Memilih untuk meraikan semua yang berhajat dan berkepentingan, bukan meminggir mereka yang berbeza pandangan

Memilih untuk melonjakkan kebaikan dan keupayaan orang lain, bukan mengheret mereka kepada inferioriti

 

A Muslim is someone who spares the people the harassment of his tongue and his hand, and a migrant is someone who migrates (berhijrah) away from what Allah has forbidden – The Prophet Muhammad saw

 

Bagaimanakah untuk memadanikan masyarakat di Malaysia?

Sekiranya

dilanjutkan akta-akta yang bertujuan mengunci mulut dan menghapus suara rakyat,

mengecilkan keupayaan membeli rakyat dengan memaksa cukai dan kenaikan harga barangan ke atas mereka – cukai dan kenaikan harga barangan yang bertujuan untuk memadamkan kegagalan dan kecacatan pengurusan kerajaan.

Sehingga rakyat terpinga-pinga bertanya, tidakkah Malaysia ini sebuah negara yang kaya-raya yang boleh mencukupkan apa yang diperlukan oleh rakyat, bahkan lebih lagi?

 

Bilakah akan wujudnya sebuah pentadbiran dan pemerintahan kerajaan yang boleh disoal dan diakses dengan mudah dan mesra tanpa sebarang bentuk ugutan yang menakutkan rakyat dan sebarang celaan yang dilarang?

Bilakah akan wujud suasana di mana rakyat yang menyoal itu dianggap berniat baik dan bersifat tulus, bukan pula dianggap sebagai mengancam mereka yang berkuasa?

 

Hijrah daripada kepandiran kepada kecelikan

Hijrah ke arah status ekonomi, kesihatan dan keselamatan rakyat yang beroleh peluang dan akses secara adil dan saksama serta berasa selamat dan bebas jenayah serta sebarang ancaman.

Penghayatan Hijrah bererti melangkah bersama dan seiring dengan rakyat, 

merapatkan jurang kaya-miskin

Membina masa depan yang inklusif

Mengurangkan kelemahan dan membina daya tahan (reducing vulnerability and building resilience)

Mencipta negara maju yang memberi peluang rakyat memilih dengan baik bentuk kehidupan mereka

Melindungi pencapaian-pencapaian mereka

Menjamin hak keinsanan

Menyemarakkan kasih dan keprihatinan sesama insan

Melahirkan insan yg berperikemanusiaan, mampu menguasai emosinya (emotional mastery)

 

Bagaimana untuk memadanikan masyarakat Malaysia?

Kerajaan dan Rakyat akan saling memilih dan akhirnya bertindak.

Alangkah indahnya jika pilihan dan tindakan keduanya adalah sama dan seiring.

Apakah tujuan berkerajaan dan sistem pemilihan sebuah kerajaan?

Adakah semua itu suatu idealisme?

Anganan?

 

Rodziah Ismail

Ahli Majlis Pimpinan Pusat

Parti Keadilan Rakyat

Merangkap Ahli Dewan Negeri Selangor, Batu Tiga, Shah Alam

 ——————————————————————————————————————————————

Untuk sebarang pertanyaan mengenai kenyataan di atas, sila hubungi:
Media Rodziah Ismail, emel: media.rodziahismail@gmail.com

maal-hijrah-nasakh