Monthly Archives: January 2014

Merompak wang rakyat menerusi kenaikan harga dan kos

Kenaikan kos sara hidup rakyat adalah sinonim dengan kerajaan persekutuan Umno-BN.

 

Kehidupan harian dan masa depan rakyat Malaysia semakin sukar dengan dikenakan

GST

Kenaikan kadar tol

Kenaikan harga petrol

Kenaikan harga barangan dan perkhidmatan

Kenaikan harga rumah

Kenaikan kos-kos pendidikan anak-anak dan kos pengangkutan mereka ke sekolah, di pusat-pusat pengajian lanjutan dan tinggi

Kenaikan Tarif Elektrik, dan bermacam-macam lagi kenaikan kos.

Yang pentingnya segala kos yang mesti dibayar oleh rakyat Malaysia untuk meneruskan kehidupan di negara ini terasa sangat membebankan.

 

Dari dahulu sehingga kini, Kerajaan Malaysia  tiada upaya dan berkemampuan untuk memikirkan cara lain selain dari menaikkan segala kos yang boleh dinaikkan untuk mengurus belanjawan rakyat, lebih-lebih lagi ketika dalam keadaan terdesak.  Keadaan terdesak itu pula adalah keberhasilan (outcome) yang berlaku oleh pembaziran dan ketirisan sepanjang Umno-BN memegang tampuk kekuasaan di negara ini.   Ia telah melebarluaskan jurang kaya dan miskin, meningkatkan bilangan dan jumlah kebankrapan rakyat serta lebih  ramai rakyat semakin jatuh miskin dari masa ke semasa.

 

Apakah rasionalnya penjimatan yang diumumkan oleh PM jika tiada ketelusan dan tata kelola baik wujud dalam pentadbirannya dengan standard minimum pentadbiran kewangan sesebuah negara – audit negara melaporkan transaksi-transaksi yang bersifat kontroversi perbelanjaannya dan jika rasuah dan ketirisan berterusan, manakah mungkin ada penjimatan?   “Penjimatan” yang disebut-sebut itu pula, jika ada, ke manakah akan dialirkan?   Begitulah pengurusan belanjawan terbaik PM Najib Razak yang tidak henti membebankan rakyat.

 

Selaku Exco Kebajikan Kerajaan Negeri Selangor, usaha-usaha Kerajaan Selangor diharap dapat membantu rakyat menerusi program-program khusus kebajikan dan polisi berkebajikan kepada berpendapatan (welfare to workfare) serta polisi –polisi lain yg telah di umumkan.   Sebanyak 20 program MES dan berbagai lagi program/skim menerusi portfolio kesemua Exco Kerajaan Negeri Selangor telah diperkenalkan yang memberi peluang kepada rakyat untuk meningkatkan pendapatan seisi rumah yang terjejas akibat beban kenaikan barangan dan perkhidmatan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat selangor.

Bantuan-bantuan Kerajaan Negeri Selangor itu menjadi lebih mudah dan memberi kesan yang diharapkan  jika kerajaan  persekutuan tidak menaikkan kos-kos yg begitu jelas membebankan rakyat.

Saya bersama rakyat memprotes sakan langkah-langkah tidak bermoral menaikkan segala kos yang menghimpit kehidupan rakyat dan masa depan mereka.

Semuga di tahun baru yang menjelang ini, rakyat tetap dan berterusan berkeyakinan bersama pimpinan Pakatan Rakyat, khususnya di Negeri Selangor untuk ke hadapan menghadapi cabaran dengan bukan sahaja berinovasi menstabil/meningkatkan taraf kehidupan masing-masing dan secara kolektif, walaupun dalam situasi kesukaran, tetapi dalam masa yang sama memprotes kerengka pemikiran kerajaan persekutuan yang hanya tahu mencukai, menaikkan kos dan mengambil wang rakyat dengan berbagai cara untuk menampung keelemahan pengurusan kewangan negara yang dihasilkan oleh kepimpinan Umno-BN.

Semoga kita bersama melangkah ke tahun hadapan dengan lebih celik dan matang.

Selamat menyambut Tahun Baru 2014.

 

Rodziah Ismail