Monthly Archives: December 2013

Kejohanan Bola Jaring Selangor Bawah 19 Tahun

Kejohanan bola jaring bawah 19 tahun

SEMBILAN pasukan menyertai Kejohanan Bola Jaring Selangor bawah 19 tahun berlangsung di Dewan Teratai, Seksyen 19, Shah Alam, semalam (25 Disember 2013).

Kejohanan itu dimenangi Selangor Senior dan hadiah disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor, Rodziah Ismail.

JARING1526234_10202900446051189_1066459770_n

Rodziah berkata, Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita akan menganjurkan beberapa siri kejohanan liga bola jaring akan disertai oleh pasukan dari seluruh negeri ini.

Katanya, bola jaring juga akan dijadikan Sukan Wanita Selangor dan dipopular sebagai sukan untuk wanita di negeri ini.

“Pusat Wanita Berdaya yang menjadi antara mekanisme utama melaksanakan Pelan Tindakan Wanita Selangor juga mengaktifkan sukan bola jaring.

“Sukan adalah satu gaya hidup sihat yang memberi peLbagai manfaat kepada insan. Jika ia disusuli secara serius, tentunya akan menjadi ahli sukan bertaraf profesional.

JARING21520605_10202900446091190_1732161238_nSelain itu, katanya, pendekatan kesukanan yang akan dianjurkan oleh portfolio ini mengambil pendekatan menyeluruh dengan menekankan pembinaan jati diri dan semangat persaudaraan.

Baru-baru ini, Selangor mendapat tempat ketiga sukan bola jaring di Sukan Malaysia (SUKMA) ke-16.