Monthly Archives: November 2013

Selangor PWBMart

Pelancarannya pada 28 November 2013

Gambar-Gambar, klik  di sini:   https://www.facebook.com/rodziah.ismail.96

 

 

Pusat Wanita Berdaya wujud jualan secara ‘online’

Oleh Asri Sapfie

SHAH ALAM 29 NOV : Pusat Wanita Berdaya (PWB) Selangor bakal mewujudkan jualan atas talian (online) bagi memudahkan pelanggan yang berminat dengan hasil kerja tangan wanita di Selangor mendapatkan produk yang dihasilkan dan meluaskan pasaran.

PWDExco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail, berkata penjualan secara atas talian ini mampu menggandakan hasil pendapatan mereka.

Katanya, ini kerana, sebelum ini halangan jarak dan sebagainya menjadikan para pembeli sukar untuk mendapatkan hasil kreatif dan inovatif ini.

“Saya berbincang dengan pelbagai pihak berkenaan untuk meneruskan program jualan secara online ini supaya setiap hasil kerja tangan wanita Selangor tidak hanya terhad di pusat wanita berdaya sahaja.

“Cabaran yang dihadapi oleh wanita Selangor amat banyak seperti kekangan masa dan sebagainya tetapi saya yakin wanita Selangor dapat mengatasinya kerana wanita Selangor sekarang dilihat lebih matang dari dahulu.” kata beliau

Tambah beliau lagi, dengan adanya pembaharuan dalam program wanita berdaya ini, wanita di Selangor mampu mengambil bahagian dalam mengembangkan lagi ekonomi.

DSC_0201a“Kita harus berikan bimbingan dan latihan kepada wanita ini tidak kira muda mahupun yang berusia bagi memastikan pembangunan wanita berdaya ini dapat dimaksimumkan.

“Dengan adanya PWB Mart ini dan juga jualan secara online, saya percaya ianya akan menjadi satu destinasi yang ditunggu oleh semua untuk membeli produk-produk yang dihasilkan oleh wanita Selangor.” kata beliau.

Rodziah yang ditemui ketika merasmikan PWB Mart di pekarangan Stadium Melawati di sini memberitahu bahawa kedai wanita berdaya ini akan ditempatkan di dalam kawasan Shah Alam.

Ia juga bakal menempatkan pelbagai jenis bentuk barangan yang telah dihasilkan oleh setiap pusat wanita berdaya di seluruh Selangor untuk dipasarkan serentak.

Majlis yang dihadiri lebih dari 600 orang terdiri daripada pengunjung dan peserta pusat wanita berdaya seluruh Selangor turut dimeriahkan dengan kehadiran Exco Pembangunan Usahawan, Dr. Daroyah Alwi.

-EZY

http://www.selangorkini.net/39396/pusat-wanita-berdaya-wujud-jualan-secara-online/