Category Archives: Pendidikan

HEBAHAN IKLAN TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR BAGI SESI PERTAMA TAHUN 2014

Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) akan membuka permohonan Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor dan Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir ‘Fast Track’ bagi Sesi Pertama

Tahun 2014 mulai 1 Februari 2014 (Sabtu). Pinjaman ini dibuka kepada pemohon

bagi mengikuti pengajian di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau

Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan secara Sepenuh Masa. Permohonan adalah secara atas talian / online sahaja. Terdapat Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan,

Senarai Lampiran Dokumen Permohonan, Prosedur Permohonan,

Tawaran Peringkat Pengajian, Kadar Pinjaman yang Ditawarkan, dan

Panduan Mengisi Borang. Untuk maklumat lanjut,

sila layari http:// tkwbns.selangor.gov.my dan

untuk mendapatkan maklumat tambahan, sila hubungi :
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 – 5521 2275

Nota : Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 Februari 2014 (Jumaat).

 

https://www.facebook.com/rodziah.ismail.96