Category Archives: Remaja

Remaja Masa Depan Rakyat dan Negara

Minggu lepas, saya telah menyaksikan pertandingan futsal remaja di MPP Zon 7, Batu Tiga.

Ia adalah sebahagian aktiviti berkala di kawasan saya.   Beberapa gelanggang futsal baru

sedang dan telahpun dibina untuk rekreasi para remaja yang menjadikan sukan sebagai

aktiviti yang menyeronokkan dan berupaya membina bukan sahaja kekuatan fizikal tetapi

juga persahabatan, jaringan dan ilmu pengetahuan di antara mereka.

Golongan remaja merupakan golongan yang penting untuk disentuh dan berterusan

dibimbing serta didekati.

Saya mengalu-ngalukan mana-mana pihak yang sentiasa sudi menyediakan dan

melaksanakan modul-modul bimbingan pelbagai untuk anak-anak muda di negeri Selangor,

khususnya di kawasan saya.

Ia juga seabagai suatu peluang mengenali keluarga remaja yang juga adalah unit penting

dalam mana-mana masyarakat.   Kebersamaan itu sentiasa membawa kepada banyak

kebaikan dan keberkatan.

Remaja masa depan rakyat dan negara

Futsal MPP Zon 7 Batu Tiga