Category Archives: Memasyarakatkan Kebajikan

Selamat berjaya kepada kepimpinan baru Kerajaan Negeri Selangor

 

Kenyataan Media

ADUN Batu Tiga

Yang Berhormat Puan Hajah Rodziah binti Ismail

 27 September 2014

 

Meneruskan Kecemerlangan Agenda Kesejahteraan Rakyat Selangor

 

Ucapan sekalong tahniah kepada barisan baru kepimpinan Exco Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh YAB Azmin Ali.

Aras (standard) minimum yang telah diletakkan oleh kepimpinan bekas Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Khalid Ibrahim menjadi panduan pentadbiran yang baru yang tentunya akan melaksanakan amanah dengan lebih baik.

Sebagai bekas Exco Kerajaan Negeri yang mengendalikan portfolio kebajikan dan hal ehwal wanita, asas-asas dan polisi yang telah disemarakkan diharap akan diteruskan bagi mengkesinambungkan usaha-usaha memelihara kebajikan rakyat dan pemberdayaan wanita Selangor.   Pengalaman saya dalam mengurus kedua portfolio tersebut telah menekankan kaedah penginstitusian mekanisme pelaksanaan asas-asas dan polisi kerajaan negeri berkaitan keduanya (kebajikan dan hal ehwal wanita) bagi membangun, memantau, memperkemas dan memperbaiki dari masa ke semasa segala pelan, program dan aktiviti yang berkaitan.

Asas dan polisi Pemberdayaan Wanita Selangor adalah cedukan langsung dari Fasal 18.17 Perlembagaan Parti Keadilan Rakyat (pindaan 2010), Fasal 5.14 (pindaan 2013) dan persetujuan Pakatan Rakyat mengenainya dalam Buku Jingga dan manifesto pilihanraya – meletakkan minimum 30% wanita dalam barisan kepimpinan di semua peringkat.   Selangor adalah contoh yang telah mengotakan janji tersebut.

Saya sentiasa bersama dan menyokong pelaksanaan kebaikan-kebaikan untuk rakyat jelata berdasarkan prinsip tatakelola baik dan saling ingat-memperingati ke arah melaksanakan ketetapan.

 

Selamat berjaya kepada kepimpinan baru Kerajaan Negeri Selangor.

 

Rodziah Ismail

 

Untuk sebarang pertanyaan mengenai kenyataan di atas, sila hubungi:
Media Rodziah Ismail, emel: media.rodziahismail@gmail.com